12 February 2010

Happy Birthday...


Tarikh : 12 Feb 2010
Tempat : Bengkel ERT, Smk Bukit Bandaraya
Masa : 11.00 ~ 12.00

Hari ini merupakan Hari Merentas Desa untuk semua pelajar yang mewakili Rumah Sukan masing-masing iaitu Rumah Temenggong, Bendahara, Laksamana dan Syahbandar.

Setelah selesai, bertugas untuk acara merentas desa, semua guru-guru telah dijemput oleh Datin Junaida untuk menghadiri majlis kesyukuran. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datin Junaida yg telah menyediakan jamuan Nasi Beryani Gam dan beberapa juadah yang lain. 

Sebelum majlis bersurai, Cik Farhana selaku Pengerusi kelab Staff telah menjemput beberapa orang guru yg tarikh lahirnya jatuh pada bulan Januari dan Februari untuk acara memotong kek hari jadi. Sekali lagi, ucapan terimakasih kepada Kelab Staff yang telah bersusah payah menganjurkan majlis yg ringkas tetapi meriah. 

Semoga majlis yang diadakan ini dapat merapatkan ukkhuwwah dan silaturrahim sesama kita...amiiinnn...

No comments: