09 November 2012

selamat berpindah

selamat berpindah diucapkan kpd ustazah Q & ustazah Hosniati...

22 September 2012

solat hajat

Nama program : Majlis solat hajat utk pelajar PMR & SPM 2012
Tarikh : 28 sept 2012 (jumaat)
Masa : 7.00ptg
Tempat : surau SMKBB

05 August 2012

Nuzul Al-quran



tarikh : 10 ogos 2012(jumaat)

majlis ceramah sempena nuzul al-quran majlis khatam al-quran
masa : 7.30pg~9.30pg
majlis berbuka puasa

masa : 7.30ptg

17 July 2012

Ramadhon 1433H


Nama Program : Penyampaian buah tamar
Tarikh : 20 Julai 2012 (Jumaat)
Masa : 7.30pg

04 July 2012

nisfu sya'aban


Nisfu bererti pertengahan. Nisfu Sya'ban bererti pertengahan bulan Sya'ban, iaitu 15 Sya'ban.

Nabi bersabda, "Allah swt melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sy'aban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)

Kita dianjurkan agar banyak beribadah, berdoa, bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt pada malam Nisfu Sya'ban.


28 June 2012

khemah ibadah

kehmah ibadah utk pelajar F5 akan diadakan pd

tarikh : 29~30jun 2012
tempat : surau smkbb

18 May 2012

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

ceramah isra' mikraj akan diadakan seperti berikut:

tarikh : 24 mei 2012 (khamis)
tempat : surau smkbb

tazkirah...
 Dari Abu Hurairah r.a katanya:”Pada malam terjadinya israk dan mikraj di Baitul Maqdis, baginda dihidangkan dua gelas minuman, masing-masing berisi arak dan susu. Setelah baginda meneliti kedua gelas itu, maka baginda mengambil gelas berisi susu. Berkata Jibrail:”Segala puji bagi Allah yang membimbing anda memilih yang suci. Seandainya anda memilih arak, nescaya sesatlah umatmu.” 

SELAMAT HARI GURU 2012

sambutan hari guru peringkat SMKBB akan diadakan pd 25 mei 2012(jumaat).

05 May 2012

khemah ibadah 2012




tarikh : 11~12 mei 2012
sasaran : pelajar tkt 3
tempat : surau smkbb
anjuran : panitia pendidikan islam smk bukit bandaraya

31 March 2012

ustaz baru

pd 2 april 2012, smkbb akan menerima kehadiran seorang ustaz yg baru. ini bg mengisi kekosongan jawatan yg ditinggalkan oleh ustaz zaki. sekian harap maklum...

19 February 2012

ceramah maulidurrasul 2012





ceramah maulidurrasul pd kali ini telah disampaikan oleh ustaz Hishamuddin bin Abdul Aziz merupakan seorang pendakwah bebas. ceramah telah diadakan di surau smkbb pd jam 11.00pg, 17 feb 2012(hari jumaat). kumpulan sasaran adalah pelajar tkt 1,2 dan 3....

11 February 2012

Jakim ingatkan sambutan Hari Kekasih bertentangan Islam, boleh jejas akidah




PUTRAJAYA 10 Feb. - Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihati supaya menjauhi acara atau majlis bertemakan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) bagi mengelak terlibat dengan gejala maksiat.



Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah.



"Kita minta remaja sekalian dan umat Islam ambil perhatian kerana Hari Kekasih bukan perayaan dalam Islam dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.



"Bahkan amalan dalam perayaan itu juga bercampur dan ada hubung kait dengan ajaran Kristian yang jelas dilarang oleh Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.



Beliau mengulas mengenai Hari Kekasih yang akan disambut oleh kebanyakan pasangan yang hangat bercinta di seluruh dunia pada minggu depan.



Lebih memburukkan keadaan sambutan itu turut merebak di kalangan umat Islam yang belum atau sudah berkahwin di kebanyakan negara Islam tanpa mengetahui maksud sebenar di sebalik sambutan itu.



Menurut Othman, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.



Fatwa itu turut menyebut roh perayaan tersebut berunsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Dalam pada itu, Othman berkata, Jakim akan melancarkan kempen Raikan Cinta esok bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.



"Kali ini kami akan lancarkan kempen anti Hari Valentine di mana diselitkan program bicara cinta yang dihoskan oleh pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.



Program tersebut akan diadakan di Masjid Negara dan Pusat Islam, Kuala Lumpur.

04 February 2012

salam maulidurrasul

Junjungan Mulia




( 1 )

Tercipta satu lembaran sejarah

Di tanah suci Kota Mekah

... Hari yang mulia penuh syahadah

Bermulalah sebuah kisah



( 2 )

Malam isnin subuh yang indah

Dua belas rabiul'awal yang cerah

Dua puluh april tahun gajah

Lahirlah zuriat dan syahadah



Abdullah nama bapanya

Siti Aminah ibunya

Riang gembira menyambutnya

Lahirnya putra yang utama



( ulang 1 & 2 )



Muhammad nama diberi

Gelaran yang terpuji

Nikmat Illahi sama disyukuri

Terima putra yang berbakti



( ulang 1 & 2 )



Keadaan yatim anak mulia

Lahirnya bawa cahaya

Alam derita jadi gembira

Terima junjungan mulia



( ulang 1 & 2 )

13 January 2012

ustaz zaki...

Untuk pengetahuan blogger semua, hari ini merupakan hari terakhir buat Ustaz Zaki bertugas sebagai guru panitia Pendidikan Islam di SMK Bukit Bandaraya.

Beliau akan berpindah ke salah sebuah sekolah menengah di Rawang pada minggu hadapan. Terimakasih diucapkan kepada ustaz Zaki yg telah pun mencurahkan segala ilmu kepada anak didik SMKBB.

Beliau telah banyak membantu pihak Panitia Pendidikan Islam di dalam menganjurkan beberapa program di sekolah. Semoga Ustaz Zaki akan terus gigih didalam menyebarkan dakwah Islamiah dan memartabatkan agama islam.

Untuk makluman anda semua, ustaz zaki juga baru sahaja sebulan menimang cahaya mata lelaki. kami mendoakan semoga ia menjadi anak yang soleh, InsyaAllah...

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi

p.s. kalau ustaz zaki terbace blog ni, tlg bg komen sikit or kate-kate semangat kpd bekas-bekas anak didik ustaz...tq