Detik 14 Februari setiap tahun, seringkali menjadi ingatan dan disambut oleh pasangan muda-mudi yang bercinta. Bagi segelintir golongan, tarikh tersebut lebih mudah diingati berbanding hari-hari kebesaran Islam. Huluran kad, jambangan bunga, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya menjadi agenda utama pada hari tersebut. Luahan perasaan sebagai tanda semaraknya kasih sehingga ada yang melanggar batasan agama.
Namun sedarkah kita sambutan hari valentine yang diadakan saban tahun bukanlah budaya Islam sebaliknya merupakan suntikan halus musuh-musuh Islam yang melanda umat Islam kini. Akan tetapi hukumnya adalah DILARANG DISISI ISLAM kerana beberapa sebab :
1. Sambutan tersebut adalah sebagai tanda mengingati kematian seorang paderi bernama Saint Valentine.
2. Juga bersempena hari keruntuhan Kerajaan Agung Islam Andalusia di Sepanyol iaitu pada 14 Februari 1492.
Masih sanggupkah kita menyambutnya walaupun setelah diketahui sejarah bermulanya sambutan valentine tersebut? Bukankah kita menzalimi diri sendiri dan mencalarkan maruah Islam?.
Ingatlah ada beberapa cinta yang disuruh dalam Islam iaitu:
1. Cinta Terhadap Allah S.W.T.
2. Mencintai Rasulullah S.A.W.
3. Cintai Ibu Bapa
4. Cinta Terhadap Pasangan Suami Isteri.
07 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment