27 December 2010

majlis perkahwinan




selamat pengantin baru buat ustaz zaki bersama isteri, semoga berkekalan hendaknya...

26 December 2010

cikgu nisa


selamat pengantin baru kpd cikgu nisa...

13 December 2010

Furu’ Al-Masa’il



Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.

Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”



Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM75.00
: Sabah / S'wak: RM80.00


Untuk mengetahui maklumat lanjut sila layari

http://telagabiru.net.my/index/


06 December 2010

i luv islam



Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?
Tahukah anda dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi insyaAllah impak yang akan anda hasilkan adalah besar?
Ya, dengan menjadi sukarelawan krew iluvislam.com, anda hanya peruntukkan sedikit sahaja masa tetapi usaha anda mampu memberi impak kepada lebih 30,000 orang berbeza setiap hari (dan bilangan ini terus meningkat setiap hari!).

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah iluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :
1. Berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik di rumah dan tempat pengajian
3. Rajin membaca email
4. Komited dengan setiap tugasan yang diberikan
5. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam jawatan yang dipohon. Training disediakan untuk perkara teknikal.

>> Klik sini untuk isi borang permohonan <<


Jawatan yang boleh dipohon adalah :
1. Editor Artikel
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
Tugasan hanya sekali seminggu
2. Penulis Rencana
Menulis rencana hanya sekali seminggu
3. Penulis Berita
Menulis ulasan berita secara mingguan
4. Penganalisa Artikel
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com atau artikel lain dalam data iluvislam.com
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
5. Moderator Umum
Mengawasi forum komuniti iluvislam.com
6. Kaunselor
Membantu menjawab persoalan ahli iluvislam.com yang memerlukan kaunseling.
7. Panel Agama
Membantu menjawab persoalan agama daripada ahli iluvislam.com
Memberi nasihat kepada pengurusan iluvislam.com dari segi agama
8. Profesional
Menjawab soalan berkaitan bidang kepakaran anda. Contohnya doktor akan menjawab persoalan berkenaan kesihatan
9. Web Developer
Membangunkan web-web di bawah kelolaan iluvislam.com
Hanya projek-projek kecil dengan timeline yang flexible
10. Web Designer
Design web-web yang dibangunkan oleh team web developer
11. Designer
Design e-kad dan wallpaper iluvislam.com 2 minggu sekali sahaja
Membantu ketua designer untuk design produk-produk iluvislam
12. Kartunis
Membangunkan komik di bawah iluvislam.com
13. Video Editor
Mengedit dan menghasilkan video-video menarik dan islamik dengan timeline yang flexible
14. Penulis Skrip Video
Menulis skrip atau jalan cerita dan bahan untuk dihasilkan oleh video editor
15. Event Malaysia
Bersama ahli team event Malaysia yang lain menguruskan event iluvislam.com di Malaysia (mesti menetap atau bermastautin di Lembah Klang)
16. Wakil Sekolah (Guru Sahaja)
Mempromosikan iluvislam.com di sekolah masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan sekolah dan iluvislam.com
17. Wakil Universiti
Mempromosikan iluvislam.com di universiti masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan universiti, persatuan di universiti dan iluvislam.com
18. Wakil Pejabat
Mempromosikan iluvislam.com di tempat kerja masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
19. Editor Bahasa Inggeris
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web versi internasional
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
Tugasan hanya sekali seminggu
20. Penganalisa Bahasa Inggeris
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com versi internasional
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
21. Facebook/Twitter Team
Mengemaskini (update) status di Facebook dan Twitter iluvislam.com

>> Klik sini untuk isi borang permohonan <<


Sebarang soalan boleh diajukan melalui email di people[at]iluvislam[dot]com atau hubungi kami melalui telefon di 03-42516702 (Ofis) atau 013-3024281 (Ofis).

29 November 2010

walimatul'urus...


28nov : kpd en ishak(staff pejabat), selamat pengantin baru semoga berbahagia selalu...

30 October 2010

majlis graduasi 2010

Nama program : majlis graduasi 2010
perasmian oleh : Prof Dr Mohd Sahar bin Yahya
tarikh : 28 Okt 2010
tempat : auditorium bahagian teknologi pendidikan, bukit kiara, kuala lumpur

Ustaz zaki sedang membuat persiapan terakhir di bilik kawalan audio...

tilawah al-quran

 kehadiran VIP...

bacaan doa oleh al-fadhil ustaz abd ghani...

para graduan mengambil tempat...

penyampaian sijil...

@ bukit kiara...


23 September 2010

majlis solat hajat

satu majlis solat hajat untuk pelajar2 PMR dan SPM 2010 akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 24 Sept 2010
masa : 6.00pm

semua calon PMR dan SPM yg beragama islam dijemput hadir bersama ibubapa dan penjaga masing2...

majlis salam restu-pelajar bersalaman bersama guru memohon restu



Ustaz Fajuri memberi taklimat sebelum memulakan solat hajat

Di antara pelajar-pelajar yg hadir

bacaan yaasin diketuai oleh Ustaz Fajuri






tazkirah oleh penceramah dari spice consultant

Ucapan penutup daripada Penolong Kanan Kurikulum, Pn Siti Sarimah

16 September 2010

salam adilfitri...

salam aidilfitri buat semua warga smkbb yg beragama islam, maaf zahir batin...

24 August 2010

Majlis berbuka puasa dan khatam al-quran

Satu majlis khatam al-quran dan berbuka puasa serta solat terawikh akan dijalankan pada

tarikh : 2 sept 2010 (khamis)
masa : 6.00~10.00mlm
tempat : surau SMKBB

Jika ada sumbangan dlm bentuk wang atau makanan/minuman untuk berbuaka puasa dan moreh dari pihak ibubapa, individu atau syarikat,  sila hubungi Ustaz Abd Ghani di talian 0193521423

sekian, terima kasih

Tadarus al-quran

Sepanjang bulan Ramadhan, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan program Tadarus al-quran, di mana setiap hari, setiap tingkatan akan bergilir-gilir secara kumpulan untuk menjayakan program tersebut.






10 August 2010

salam ramadhan...


HARAPAN RAMADHAN


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna

Agar dapat kulalui

Dengan sempurna



Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu

Masa yang pantas berlalu

Hingga tak terasa ku berada

Di bulan Ramadhan semula



Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya

Moga dapat ku lenturkan

Nafsu yang selalu membelenggu diri

Tiada henti-henti



Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah

Mengharungi segalanya dengan sabar

Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan

Ku merayu pada Tuhan diterima amalan



Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...

Ku tempuh jua
 
 
artis : raihan dan man bai...

08 August 2010

YB Senator Raja Nong Chik


Pada 6 Ogos 2010, SMK Bukit Bandaraya telah dihadiri oleh YB Senator Raja Nong Chik bin Raja
Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Pada hari tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM400 kepada pelajar yg mencapai kejayaan cemerlang di dalam SPM 2009 yg berada di sekitar Lembah Pantai...



30 July 2010

sambutan isra' mikraj



Pada sambutan isra' mikraj pd tahun ini, pihak panitia pendidikan islam telah menjemput Saudara Abdul Halim Mohd Redzuan dari Muslim Care. Beliau merupakan salah seorang sukarelawan kapal mavi marvara
yg pernah menjadi tahanan rejim zionis di Gaza baru-baru ini.


Dipenjara dan dibogelkan!



Itulah pengalaman pahit sukarelawan kapal Mavi Marmara, Abd. Halim Mohd. Redzuan, 40, (gambar) ketika ditahan askar Israel kerana dituduh anggota Al-Qaeda gara-gara gambar pasport miliknya berbeza dengan wajah sebenar.


“Saya dianggap pengganas hanya kerana gambar pasport menunjukkan rambut saya yang panjang tetapi apabila saya hadir dengan berambut pendek macam komando, mereka cop saya pengganas,” ujarnya.


Ketibaan Saudara Abd. Halim Mohd. Redzuan di pintu masuk SMKBB disambut oleh ustaz Abd Ghani dan Ustaz Azham (harap maaf, visual kurang memuaskan)



Saudara Abd Halim juga ada membawa Mafla palestin yg dijual sebanyak RM10. Sebanyak 100 helai mafla berjaya dijual kepada pelajar SMKBB yg sanggup membeli sambil menderma kepada rakyat palestin.


Di hadapan pentas kelihatan En Khairi dan Ustaz Abd Ghani sedang melayan tetamu kita pada hari ini.



Dari kiri : Ustaz Mohd Azham, En Faizal, En Abd Halim(penceramah), Ustaz Abd Ghani, Ustaz Mohd Zaki, En Aminudin.  
Guru-guru SMKBB bergambar kenangan dengan penceramah.

29 July 2010

program penyembelihan ayam

Program penyembelihan ayam telah diadakan pada 29 Julai 2010 bertempat di sebelah surau SMKBB. Majlis bermula jam 3.00ptg telah dihadiri seramai 30 orang ahli Persatuan Pelajar Islam SMKBB. Program ini memupuk pelajar mempelajari teknik penyembelihan yg betul untuk memastikan ayam tersebut benar-benar halal utk dimakan.

Sebanyak 3 ekor ayam telah digunakan utk menjayakan program ini. Ustaz Abd Ghani telah menunjukcara kepada pelajar yg hadir kaedah yg betul untuk penyembelihan.

Pelajar-pelajar juga telah menunjukkan minat dan komitmen sebaik sahaja ayam tersebut selesai disembelih, dari proses mencabut bulu sehinggalah menggoreng ayam. Selain itu terdapat juga aktiviti menyalakan unggun api untuk memanggang ayam.

Akhir kata, diharap pelajar mendapat manfaat dari program yg telah dirancang dengan mengaitkan teori yg diajar di dalam kelas dengan praktikal yg telah dijalankan pada hari ini.

Majlis bersurai lebih kurang jam 6.00ptg.

3 ekor ayam di dalam sangkar.


Ustaz Mohd Zaki sedang menyediakan tungku untuk memanggang ayam...


menu tambahan iatu bihun goreng dan ayam percik


Ustaz Abd Ghani membuat demonstrasi teknik penyembelihan ayam, sambil dibantu oleh Ustaz Mohd Zaki


Seorang pelajar, Nik Aimen sedang mencuba menyembelih ayam...


putus kepala dibuatnya, aiman...aiman ape yg ko buat ni?

aiman dan wafa sedang menyiapkan unggun api...

proses mencabut bulu ayam...

kipas bara tu, jgn tak kipas...

bau masakan ayam percik ni mmg tak dapat dibayangkan...lepas ni korang boleh sewa tapak bazaar ramadhan ni...


26 July 2010

program isra' mikraj



satu program peyembelihan ayam akan diadakan pd hari khamis, 29 julai 2010 jam 2.30pm.

Manakala keesokan harinya, pd 30 julai 2010 akan diadakan majlis sambutan isra' mikraj. Majlis bermula pd jam 7.30pg.

sekian harap maklum...

21 July 2010

selamat berpindah

Selamat berpindah kpd Pengetua SMK Bukit Bandaraya yg akan berpindah ke SMK Puteri Titiwangsa....Satu majlis perpisahan dijangka akan diadakan pd 27 Julai 2010...

15 July 2010

menentukan kiblat


 
Pada 16 Julai 2010 (Jumaat) jam 5.28 petang (Waktu Malaysia), akan berlaku satu fenomena yang dipanggil Istiwa A'zam, di mana matahari berada tepat di atas kaabah. Anda boleh menentukan ketepatan arah kiblat tempat anda dengan menggunakan tiang atau benda lurus pada waktu tersebut (dengan melihat bayangnya).

12 July 2010

APC 2009

Tahniah diucapkan kpd ustaz Azham yg telah terpilih untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Ustaz Azham merupakan salah seorang ahli Panitia Pendidikan Islam dan telah berkhidmat di SMKBB sejak 2006.

Beliau merupakan Guru matapelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. Selain itu beliau juga merupakan Guru penasihat permainan badminton dan memegang jawatan Setiausaha Peperiksaan (SPM).

5 orang guru yg turut menerima anugerah tersebut ialah Pn Azira, En Chua, Pn Shubashini, Pn Hanizah dan Pn Norhana. Semoga anugerah ini dapat menjadi perangsang kepada guru-guru tersebut dan terus berkhidmat di SMKBB dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.

04 July 2010

kem kecemerlangan sahsiah diri pelajar 2010

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu kem kecemerlangan sahsiah diri pelajar seperti berikut:

tarikh : 2 & 3 Julai 2010
tempat : surau SMKBB
sasaran : pelajar Tkt 3 dan 5


Program ini telah dikendalikan oleh Syarikat MSQ POWER TRAINING yg diketuai oleh En Mohd Ghazali dan dibantu oleh En Munzir



Para peserta sedang menjalankan aktiviti yg diarahkan oleh fasilitator


Fasilitator, En Ghazali sedang menerangkan modul motivasi utk diterapkan kpd peserta


"Ha, ha, seorang satu senduk je tau..."


alhamdulillah...sedap jugak bihun goreng ni, nak tambah lg la...


"ada lebih ni, boleh tambah lg..."


setelah selesai menikmati juadah, sesi perbincangan di sambung semula...



"adik-adik, pejamkan mata anda, genggam tangan dan cuba bayangkan, bayangkan bla, bla bla....."


"kamu semua dikehendaki tidur semalam di sekolah ok"


doa dari seorang anak kpd ibu bapa memohon kemaafan...


"ampunkan la dosa ku..."



"sila genggam tangan kawan di sebelah dan hayatilah lagu ni dgn penuh keinsafan dan kesyukuran..."


"Saya tertarik dengan slot yg terakhir tadi, hampir semua pelajar, merasa sebak, hiba dan mengalirkan air mata apabila menonton klip video tadi yang menggambarkan bagaimana seksanya seorang ibu melahirkan anaknya. Saya harap program ini dapat menimbulkan keinsafan di dalam membentuk kecemerlangan shasiah diri pelajar, insyaAllah..."