10 November 2009

PROGRAM KHEMAH IBADAH UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA & LIMA 09


Program Khemah Ibadah Untuk Tingkatan Tiga (PMR) dan Lima (SPM) 2009 adalah yang pertama kali diadakan di SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar khususnya yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Program yang bermula pada 18 hingga 19 April 2009 iaitu pada hari Sabtu hingga hari Ahad, ianya telah dilaksanakan oleh MSQ Power Training ( Motivasi Sentuhan Qalbu). Beberapa sesi ceramah motivasi diri yang telah disampaikan oleh beberapa penceramah yang telah lama berkecimpung dalam bidang berkenaan dan disertakan dengan beberapa orang fasilitator sebagai pemudah cara kepada peserta.

Ternyata keberkesanannya, berdasarkan keterlibatan para pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan. Daripada soal selidik yang dibuat dikalangan peserta hampir 95% meminta supaya program seperti ini perlu diteruskan lagi. walaupun jumlah pelajar yang hadir hanya 80 orang daripada 195 orang pelajar, tetapi dengan jumlah yang kecil ini mudah-mudahan menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk menghadirkan diri dalam program seperti ini pada masa akan datang.

Kami akan meneruskan program untuk masa akan datang. Demi untuk membentuk akhlak dan merubah pekerti buruk dikalangan pelajar seperti meninggalkan solat, bersikap kasar atau tidak beradab dengan guru memerlukan masa yang lama. Diharapkan program ini sebagai permulaan kepada aktiviti-aktiviti panitia yang lain. Diucapkan kepada semua guru dan pihak yang telah memberi sumbangan berupa idea, tenaga atau wang ringgit samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini, dengan ucapan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan dengan usaha seperti ini dapat memartabatkan agama, bangsa dan negara.

No comments: