10 November 2009

ISRAK MIKRAJ 2009


Program Israk Mikraj merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam. Pada tahun 2009 program ini telah diadakan pada 29 Julai hari Rabu bertempat di Surau SMK Bukit Bandaraya bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, ianya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar dan guru-guru Islam.

Pihak panitia telah menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Arip Bin Kasmo ( Pensyarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia), yang terkenal dengan kajian " PENGHAYATAN SAINS DALAM AL-QURAN".

Ceramah yang disampaikan telah menarik minat para pelajar, sehingga ramai pelajar telah membeli buku karangan beliau yang bertajuk " PASAK". Dalam ceramah tersebut beliau telah menunjukkan mukjizat Al-Quran dan dikaitkan dengan sains dan memberi bukti-bukti daripada hasil kajian pakar-pakar sainstis negara barat yang akhirnya ramai dikalangan mereka telah memeluk Islam.

Hasil daripada program ini juga pelajar telah mendapat gambaran yang jelas tentang rahsia Al-Quran dan kaitannya dengan sains yang membenarkan peristiwa Israk Mikraj.

No comments: