11 November 2009

PROGRAM YANG DITANGGUHKAN KE TAHUN 2010


1. PROGRAM PENGURUSAN JENAZAH
Cadangan tarikh program adalah pada 5 November 2009, tetapi ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal. Harap maaf.



2. LAWATAN PELAJAR ISLAM KE MELAKA
Cadangan program pada bulan September juga ditangguhkan atad sebab-sebab teknikal. harap maaf.

SEMINAR TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN PMR DAN SPM DENGAN KERJASAMA GURU KAUNSELING SMKBB

Program teknik menjawab peperiksaan adalah program tahunan Panitia Pendidikan Islam. Pada kebiasaannya ianya dilaksanakan oleh Panitia Pendidikan Islam sahaja tetapi pada tahun 2009 telah diadakan dengan kerjasama guru kaunseling.

Program tersebut telah diadakan pada 10 Ogos 2009 pada Hari Isnin. Ceramah telah disampai oleh seorang guru pakar Pendidikan Islam dan penggubal soalan iaitu Us. Abd Razak daripada SMK Taman Ceras Jaya. Ceramah yang bermula jam 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari telah mendapat sambutan yang baik daripada para pelajar.

Para pelajar telah didedahkan dengan teknik-teknik menjawab soalan yang betul dan tajuk-tajuk yang biasa ditanya dalam peperiksaan.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1430H


Sambutan Maal Hijrah 1430H juga merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam. Ia telah diadakan pada 23 Januari 2009 pada Hari Jumaat bermula jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Ceramah berkaitan Hijrah Rasulullah S.A.W telah disampaikan oleh pensyarah Universiti Malaya. Ceramah yang disampaikan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pelajar dan guru-guru Islam.

Secara keseluruhannya program tersebut telah mencapai objektif yang digariskan. Yang mana tujuan sambutan Maal Hijrah adalah supaya para pelajar dan guru-guru faham bahawa dalam kehidupan perlu ada perubahan daripada buruk kepada baik dan daripada baik kepada yang lebih baik. Dengan kata lain kita mesti mengikut jejak kehidupan junjungan besar Rasulullah S.A.W.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan dan bantuan dalam apa cara sekalipun.

10 November 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA DAN SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA ( PMR ) DAN LIMA ( SPM ) 1430H/2009

Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat Untuk Pelajar PMR dan SPM merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam. Ianya telah diadakan pada 11 September 2009, bertempat di Surau SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya bertujuan untuk memberi motivasi dan memupuk semangat belajar sebelum menghadapi peperiksaan disamping perasaan rendah diri, kasih sayang dan kerja sama dikalangan warga sekolah.

Ianya bermula seawal bulan Ramadhan, dengan membentuk kumpulan pelajar bertadarus Al-Quran sehinggalah hari terakhir iaitu pada 11 September dengan acara khatam Al-Quran dan solat hajat.

Jumlah kehadiran ibubapa, guru dan para pelajar amat menggalakkan. Kemeriahan tersebut nampak apabila Surau SMKBB penuh dengan kehadiran peserta termasuk pelajar, ibubapa dan guru-guru. Pada hari tersebut program bermula pada jam 5.30 petang pendaftaran pelajar seterusnya khatak Al-Quran.

Selepas berbuka puasa, ibubapa, guru dan para pelajar mengerjakan solat maghrib secara berjamaah dan seterusnya menjamu selera di kantin sekolah. Solat hajat dilakukan selepas solat isyak dan diakhiri dengan terawih dan witir. Program pada malam itu disudahi dengan Majlis Restu Ilmu dan Ibubapa yang dikendalikan oleh Ustaz Nor Naemi Md Som dari MSQ Power Training.

Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini semoga semuanya mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah Taala.

PROGRAM KHEMAH IBADAH UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA & LIMA 09


Program Khemah Ibadah Untuk Tingkatan Tiga (PMR) dan Lima (SPM) 2009 adalah yang pertama kali diadakan di SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada para pelajar khususnya yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Program yang bermula pada 18 hingga 19 April 2009 iaitu pada hari Sabtu hingga hari Ahad, ianya telah dilaksanakan oleh MSQ Power Training ( Motivasi Sentuhan Qalbu). Beberapa sesi ceramah motivasi diri yang telah disampaikan oleh beberapa penceramah yang telah lama berkecimpung dalam bidang berkenaan dan disertakan dengan beberapa orang fasilitator sebagai pemudah cara kepada peserta.

Ternyata keberkesanannya, berdasarkan keterlibatan para pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan. Daripada soal selidik yang dibuat dikalangan peserta hampir 95% meminta supaya program seperti ini perlu diteruskan lagi. walaupun jumlah pelajar yang hadir hanya 80 orang daripada 195 orang pelajar, tetapi dengan jumlah yang kecil ini mudah-mudahan menjadi pembakar semangat kepada pelajar lain untuk menghadirkan diri dalam program seperti ini pada masa akan datang.

Kami akan meneruskan program untuk masa akan datang. Demi untuk membentuk akhlak dan merubah pekerti buruk dikalangan pelajar seperti meninggalkan solat, bersikap kasar atau tidak beradab dengan guru memerlukan masa yang lama. Diharapkan program ini sebagai permulaan kepada aktiviti-aktiviti panitia yang lain. Diucapkan kepada semua guru dan pihak yang telah memberi sumbangan berupa idea, tenaga atau wang ringgit samada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini, dengan ucapan ribuan terima kasih. Mudah-mudahan dengan usaha seperti ini dapat memartabatkan agama, bangsa dan negara.

ISRAK MIKRAJ 2009


Program Israk Mikraj merupakan program tahunan Panitia Pendidikan Islam. Pada tahun 2009 program ini telah diadakan pada 29 Julai hari Rabu bertempat di Surau SMK Bukit Bandaraya bermula jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi, ianya berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar dan guru-guru Islam.

Pihak panitia telah menjemput Prof. Madya Dr. Mohd Arip Bin Kasmo ( Pensyarah Pusat Pengajian Umum Universiti Kebangsaan Malaysia), yang terkenal dengan kajian " PENGHAYATAN SAINS DALAM AL-QURAN".

Ceramah yang disampaikan telah menarik minat para pelajar, sehingga ramai pelajar telah membeli buku karangan beliau yang bertajuk " PASAK". Dalam ceramah tersebut beliau telah menunjukkan mukjizat Al-Quran dan dikaitkan dengan sains dan memberi bukti-bukti daripada hasil kajian pakar-pakar sainstis negara barat yang akhirnya ramai dikalangan mereka telah memeluk Islam.

Hasil daripada program ini juga pelajar telah mendapat gambaran yang jelas tentang rahsia Al-Quran dan kaitannya dengan sains yang membenarkan peristiwa Israk Mikraj.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 09.

SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT SEKOLAH 2009