Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat Untuk Pelajar PMR dan SPM merupakan aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam. Ianya telah diadakan pada 11 September 2009, bertempat di Surau SMK Bukit Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya bertujuan untuk memberi motivasi dan memupuk semangat belajar sebelum menghadapi peperiksaan disamping perasaan rendah diri, kasih sayang dan kerja sama dikalangan warga sekolah.
Ianya bermula seawal bulan Ramadhan, dengan membentuk kumpulan pelajar bertadarus Al-Quran sehinggalah hari terakhir iaitu pada 11 September dengan acara khatam Al-Quran dan solat hajat.
Jumlah kehadiran ibubapa, guru dan para pelajar amat menggalakkan. Kemeriahan tersebut nampak apabila Surau SMKBB penuh dengan kehadiran peserta termasuk pelajar, ibubapa dan guru-guru. Pada hari tersebut program bermula pada jam 5.30 petang pendaftaran pelajar seterusnya khatak Al-Quran.
Selepas berbuka puasa, ibubapa, guru dan para pelajar mengerjakan solat maghrib secara berjamaah dan seterusnya menjamu selera di kantin sekolah. Solat hajat dilakukan selepas solat isyak dan diakhiri dengan terawih dan witir. Program pada malam itu disudahi dengan Majlis Restu Ilmu dan Ibubapa yang dikendalikan oleh Ustaz Nor Naemi Md Som dari MSQ Power Training.
Ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini semoga semuanya mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah Taala.