13 January 2012

ustaz zaki...

Untuk pengetahuan blogger semua, hari ini merupakan hari terakhir buat Ustaz Zaki bertugas sebagai guru panitia Pendidikan Islam di SMK Bukit Bandaraya.

Beliau akan berpindah ke salah sebuah sekolah menengah di Rawang pada minggu hadapan. Terimakasih diucapkan kepada ustaz Zaki yg telah pun mencurahkan segala ilmu kepada anak didik SMKBB.

Beliau telah banyak membantu pihak Panitia Pendidikan Islam di dalam menganjurkan beberapa program di sekolah. Semoga Ustaz Zaki akan terus gigih didalam menyebarkan dakwah Islamiah dan memartabatkan agama islam.

Untuk makluman anda semua, ustaz zaki juga baru sahaja sebulan menimang cahaya mata lelaki. kami mendoakan semoga ia menjadi anak yang soleh, InsyaAllah...

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi

p.s. kalau ustaz zaki terbace blog ni, tlg bg komen sikit or kate-kate semangat kpd bekas-bekas anak didik ustaz...tq

3 comments:

KanakKanakPintar said...

semoga kejayaan mengiringi ustaz.... biar ke mana pun pergi ape pun dugaan itulah jihad seorang guru.... -bekas pelajar 2009(ajk PA system PPI)-

Anonymous said...

perpisahan sementara je...ada masa dahn kelapangan sy akan datang ke smkbb..tima kasih trutama buat Us. Ghani selaku ketua panitia dan diharapkan blog ustaz yg besar manfaat ini mjadi pemangkin inspirasi para pelajar khasnya smkbb. Pelajar semua diharapkan terus gigih belajar...segala ikrar selaku pewaris negara termaktub dlm kata-kata..
'kami berikrar penuh setia, MENCAPAI CITA, patuh pada ajaran GURU,BAPA juga IBU..ingin jd RAKYAT YANG BERGUNA, bina NUSA BANGSA... sukan juga seni budaya, mengikut lunas AGAMA..nama yg harum dibina SM BUKIT BANDARAYA...'dekat dgn anda dan bermakna sekali...lagukanlah sambil memahami intipatinya wahai anak didik...

Anonymous said...

terima kasih kanak2h pintar...baarakallahu fiik..