18 August 2011

pantau aktiviti anak-anak




Ibu bapa diminta memantau aktiviti anak mereka, terutama yang dihantar ke kelas tuisyen bagi mengelak terpengaruh dengan agama lain.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ia dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri jika ada aktiviti sedemikian berlaku.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Kalau laporan itu dah disampai oleh anak mereka, kena siasat supaya kita dapat tahu keadaan sebenar. Saya percaya ia adalah di luar dari sekolah dilakukan oleh guru tuisyen. Sepatutnya hal begitu tak boleh dilakukan."

Beliau diminta mengulas laporan pelajar yang diajar menyanyi lagu memuji kebesaran Nabi Isa oleh seorang guru tuisyen.

Kerajaan katanya, sentiasa memantau perkara sedemikian dan undang-undang sedia ada akan diguna jika ada penyebaran agama lain terhadap masyarakat Islam.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam negeri diminta menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan itu.

No comments: