04 November 2011

aidil adha 2011




Salam aidil adha buat warga smkbb yg beragama islam.


Panitia Pendidikan Islam akan menganjurkan program penyembelihan ibadah korban sebanyak 3 ekor kambing pada 9 November 2011 (Rabu).







Sekian. Terimakasih

28 September 2011

solat hajat PMR & SPM

Tarikh : 30 sept 2011 (sabtu)
Masa : 6.0ptg ~ 10.00mlm

13 September 2011

Program sentuhan syawal

sasaran : pelajar tkt 2

jumlah pelajar : 30 orang

tarikh : 23 & 24 sept 2011

10 September 2011

tazkirah....

Ingatlah, berkat itu amat perlu khususnya dlm pengajian ilmu2 Islam, dengan keberkatan, kefahaman mnjdi mudah, ingatan lambat luput, rasa mudah & bersmngt mngmalkannya, hati tenang. Tanpa adab, berkat hilang, kefahaman tidak menjelang tiba, terlalu berat utk faham, lupa menjadi sindrom biasa, fikiran serabut sentiasa, fokus menghilang, hati gersang, kebencian mula berputik.

20 August 2011

memohon maaf.....

 majlis penyampaian hadiah tazkirah ramadhan

 tempat ketiga

 tempat kedua

tempat pertama


Alhamdulillah kedatangan ibu bapa, penjaga & pelajar amat menggalakkan & diluar jangkaan, walaubagaimanapun pihak sekolah memohon maaf di atas kekurangan makanan utk jamuan berbuka puasa...

18 August 2011

pantau aktiviti anak-anak




Ibu bapa diminta memantau aktiviti anak mereka, terutama yang dihantar ke kelas tuisyen bagi mengelak terpengaruh dengan agama lain.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu ia dilaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri jika ada aktiviti sedemikian berlaku.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN/TIMBALAN PERDANA MENTERI
"Kalau laporan itu dah disampai oleh anak mereka, kena siasat supaya kita dapat tahu keadaan sebenar. Saya percaya ia adalah di luar dari sekolah dilakukan oleh guru tuisyen. Sepatutnya hal begitu tak boleh dilakukan."

Beliau diminta mengulas laporan pelajar yang diajar menyanyi lagu memuji kebesaran Nabi Isa oleh seorang guru tuisyen.

Kerajaan katanya, sentiasa memantau perkara sedemikian dan undang-undang sedia ada akan diguna jika ada penyebaran agama lain terhadap masyarakat Islam.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam negeri diminta menjalankan siasatan bagi mengesahkan kesahihan dakwaan itu.

11 August 2011

blogspot or blogpot ???

PERHATIAN & AMAT PENTING !!! Lihatlah betapa liciknya mereka....
 
1. cuba anda buka mane-mane blog kawan anda.... contoh:sharulacai.blogspot.com
 
2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tapi dengan membuang huruf 's' pada perkataan blogspot . contoh : sharulacai.blogpot.com . Apa yang terjadi????
Licik betul mereka ni....
 
JANGAN TERKEJUT BILA ANDA TERLIHAT MENGENAINYA!!!! SEBARKAN UNTUK ORANG ISLAM !!! SELAMATKAN ORANG ISLAM...

01 August 2011

Ihya' Ramadhan

Sempena bulan ramadhan yg mulia ini, beberapa aktiviti akan diajalankan di bawah program Ihya' Ramadhan iaitu :

i. tadarrus al-quran
ii. khatam al-quran
iii. majlis berbuka puasa
iv. solat terawikh
v. sumbangan buah kurma kpd setiap pelajar dan guru SMKBB

30 July 2011

bank soalan

sila rujuk laman web     http://btpnkl.edu.my/cerdiknet/pism.php  untuk menambahkan lagi pemahaman anda di dalam kelas...

29 July 2011

program isra' mikraj


Penceramah jemputan sedang menyampaikan ceramah


Sesi soal jawab


Seramai 300 orang pelajar terdiri daripada pelajar islam T1, T2 & T3 memenuhi setiap ruang surau SMKBB

22 July 2011

kem bina sahsiah

kem bina sahsiah
22julai 2011
pelajar T5

29 June 2011

israk dan mikraj

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

14 June 2011

gerhana bulan



 JAKIM, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan beberapa aktiviti termasuk taklimat mengenai gerhana bulan, solat sunat gerhana bulan, khutbah khas, kuiz dan juga pencerapan planet Musytari, Zuhrah dan Marikh akan diadakan. Kehadiran orang ramai dialu-alukan pada program anjuran bersama Agensi Angkasa Negara itu. Fenomena gerhana bulan penuh itu boleh disaksikan dari jam 1.25 pagi hingga 7.01 pagi.

31 May 2011

TV AlHijrah tambah waktu siaran






2011/05/31


TV AlHijrah akan dapat diikuti lebih lebih 13 juta penonton pelanggan Astro apabila mula bersiaran menerusi saluran 114 bermula esok (1 Jun).
Siaran di Astro ini adalah tambahan kepada siaran secara percuma yang sedia ada sekarang yang meliputi Terengganu, Pahang, Lembah Klang, Utara Johor, Sabah dan Sarawak
Dengan keluasan liputan siaran dan pertambahan penonton berpotensi, TV AlHijrah mulai 1 Jun 2011 ini , menambah waktu siaran daripada 72 jam kepada 100 jam seminggu TV AlHijrah akan memulakan siaran lebih awal berbanding sekarang. Siaran di hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula daripada 7 pagi hingga 12 tengah malam, manakala Isnin hingga Khamis siarannya bermula 12 tengahari hingga 12 tengah malam.

Pertambahan siaran ini dilakukan untuk menyajikan program terbaik dalam pelbagai ‘genre’ untuk memenuhi selera penonton dengan kandungan Islam yang kreatif dan menarik walaupun TV AlHijrah baru berusia enam bulan.

Sesuai dengan tagline, Segalanya bermula di sini, TV AlHijrah akan memperkenalkan satu program realiti yang diberi nama Solehah, iaitu program mengenai pencarian bakat pendakwah dikalangan wanita dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru pendakwah wanita.

Pemilihan peserta akan berdasarkan kepada pengetahuan dalam bidang agama, pengetahuan am, kepetahan bercakap, ketajaman fikiran, dan tinggi budi bahasa.
Sesi uji bakat akan diadakan pertengahan Jun ini, terbuka kepada penuntut di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Selain itu, TV AlHijrah juga akan memperkenalkan program menarik seperti Madrasah AlHijrah, Reflection, Khidmat Syariah dan Cinta Masjid.

Cinta Masjid adalah satu acara tanggungjawab sosial korporat yang mana TV AlHijrah akan mendekati masyarakat dengan mengadakan pelbagai acara di masjid di seluruh negara. Cinta Masjid akan bermula Julai nanti yang juga akan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi di bawahnya.

27 March 2011

Hospital Kuala Lumpur...









Untuk makluman, Ustaz Azham mengalami masalah kesihatan iaitu bengkak di bahagian kaki. Beliau masih lagi dirawat di Hospital Kuala Lumpur semenjak 21 Mac 2011. Sama-sama kita doakan semoga beliau cepat sembuh dan bertugas di sekolah seperti biasa, insyaAllah...



09 March 2011

ceramah maulidurrasul oleh ustaz Md Daud bin Che' Ngah

tarikh : 11 mac 2011
tempat : mini dewan
masa : 10.30~12.30
penceramah : Dato' Ustaz Md Daud bin Che Ngah

bahagian pentas...

backdrop...

backdrop power point...

barisan pelajar...

lagi pelajar...

pelajar lagi...


vvip, dari kiri ustaz abd ghani, pengerusi majlis, ustaz daud bersama isteri, pn noraini...
gambar kelihatan, pengerusi majlis sedang mendapatkan  biodata ustaz daud...

ceramah yang mantap penuh dengan informasi dan menghiburkan dari yg berbahagia ustaz daud bin che ngah. beliau menjelaskan betapa pentingnya kita meraikan sambutan maulidurrasul...

27 February 2011

pengurusan jenazah

Satu program pengurusan jenazah telah diadakan pada :

tarikh : 1 mac 2011 ( selasa)
masa : 12.00~2.30pm
sasaran : pelajar islam tkt 3
penceramah : ustaz mohd wira b mohd junus