30 July 2010

sambutan isra' mikraj



Pada sambutan isra' mikraj pd tahun ini, pihak panitia pendidikan islam telah menjemput Saudara Abdul Halim Mohd Redzuan dari Muslim Care. Beliau merupakan salah seorang sukarelawan kapal mavi marvara
yg pernah menjadi tahanan rejim zionis di Gaza baru-baru ini.


Dipenjara dan dibogelkan!



Itulah pengalaman pahit sukarelawan kapal Mavi Marmara, Abd. Halim Mohd. Redzuan, 40, (gambar) ketika ditahan askar Israel kerana dituduh anggota Al-Qaeda gara-gara gambar pasport miliknya berbeza dengan wajah sebenar.


“Saya dianggap pengganas hanya kerana gambar pasport menunjukkan rambut saya yang panjang tetapi apabila saya hadir dengan berambut pendek macam komando, mereka cop saya pengganas,” ujarnya.


Ketibaan Saudara Abd. Halim Mohd. Redzuan di pintu masuk SMKBB disambut oleh ustaz Abd Ghani dan Ustaz Azham (harap maaf, visual kurang memuaskan)



Saudara Abd Halim juga ada membawa Mafla palestin yg dijual sebanyak RM10. Sebanyak 100 helai mafla berjaya dijual kepada pelajar SMKBB yg sanggup membeli sambil menderma kepada rakyat palestin.


Di hadapan pentas kelihatan En Khairi dan Ustaz Abd Ghani sedang melayan tetamu kita pada hari ini.



Dari kiri : Ustaz Mohd Azham, En Faizal, En Abd Halim(penceramah), Ustaz Abd Ghani, Ustaz Mohd Zaki, En Aminudin.  
Guru-guru SMKBB bergambar kenangan dengan penceramah.

29 July 2010

program penyembelihan ayam

Program penyembelihan ayam telah diadakan pada 29 Julai 2010 bertempat di sebelah surau SMKBB. Majlis bermula jam 3.00ptg telah dihadiri seramai 30 orang ahli Persatuan Pelajar Islam SMKBB. Program ini memupuk pelajar mempelajari teknik penyembelihan yg betul untuk memastikan ayam tersebut benar-benar halal utk dimakan.

Sebanyak 3 ekor ayam telah digunakan utk menjayakan program ini. Ustaz Abd Ghani telah menunjukcara kepada pelajar yg hadir kaedah yg betul untuk penyembelihan.

Pelajar-pelajar juga telah menunjukkan minat dan komitmen sebaik sahaja ayam tersebut selesai disembelih, dari proses mencabut bulu sehinggalah menggoreng ayam. Selain itu terdapat juga aktiviti menyalakan unggun api untuk memanggang ayam.

Akhir kata, diharap pelajar mendapat manfaat dari program yg telah dirancang dengan mengaitkan teori yg diajar di dalam kelas dengan praktikal yg telah dijalankan pada hari ini.

Majlis bersurai lebih kurang jam 6.00ptg.

3 ekor ayam di dalam sangkar.


Ustaz Mohd Zaki sedang menyediakan tungku untuk memanggang ayam...


menu tambahan iatu bihun goreng dan ayam percik


Ustaz Abd Ghani membuat demonstrasi teknik penyembelihan ayam, sambil dibantu oleh Ustaz Mohd Zaki


Seorang pelajar, Nik Aimen sedang mencuba menyembelih ayam...


putus kepala dibuatnya, aiman...aiman ape yg ko buat ni?

aiman dan wafa sedang menyiapkan unggun api...

proses mencabut bulu ayam...

kipas bara tu, jgn tak kipas...

bau masakan ayam percik ni mmg tak dapat dibayangkan...lepas ni korang boleh sewa tapak bazaar ramadhan ni...


26 July 2010

program isra' mikraj



satu program peyembelihan ayam akan diadakan pd hari khamis, 29 julai 2010 jam 2.30pm.

Manakala keesokan harinya, pd 30 julai 2010 akan diadakan majlis sambutan isra' mikraj. Majlis bermula pd jam 7.30pg.

sekian harap maklum...

21 July 2010

selamat berpindah

Selamat berpindah kpd Pengetua SMK Bukit Bandaraya yg akan berpindah ke SMK Puteri Titiwangsa....Satu majlis perpisahan dijangka akan diadakan pd 27 Julai 2010...

15 July 2010

menentukan kiblat


 
Pada 16 Julai 2010 (Jumaat) jam 5.28 petang (Waktu Malaysia), akan berlaku satu fenomena yang dipanggil Istiwa A'zam, di mana matahari berada tepat di atas kaabah. Anda boleh menentukan ketepatan arah kiblat tempat anda dengan menggunakan tiang atau benda lurus pada waktu tersebut (dengan melihat bayangnya).

12 July 2010

APC 2009

Tahniah diucapkan kpd ustaz Azham yg telah terpilih untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009. Ustaz Azham merupakan salah seorang ahli Panitia Pendidikan Islam dan telah berkhidmat di SMKBB sejak 2006.

Beliau merupakan Guru matapelajaran Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam. Selain itu beliau juga merupakan Guru penasihat permainan badminton dan memegang jawatan Setiausaha Peperiksaan (SPM).

5 orang guru yg turut menerima anugerah tersebut ialah Pn Azira, En Chua, Pn Shubashini, Pn Hanizah dan Pn Norhana. Semoga anugerah ini dapat menjadi perangsang kepada guru-guru tersebut dan terus berkhidmat di SMKBB dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.

04 July 2010

kem kecemerlangan sahsiah diri pelajar 2010

Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan satu kem kecemerlangan sahsiah diri pelajar seperti berikut:

tarikh : 2 & 3 Julai 2010
tempat : surau SMKBB
sasaran : pelajar Tkt 3 dan 5


Program ini telah dikendalikan oleh Syarikat MSQ POWER TRAINING yg diketuai oleh En Mohd Ghazali dan dibantu oleh En Munzir



Para peserta sedang menjalankan aktiviti yg diarahkan oleh fasilitator


Fasilitator, En Ghazali sedang menerangkan modul motivasi utk diterapkan kpd peserta


"Ha, ha, seorang satu senduk je tau..."


alhamdulillah...sedap jugak bihun goreng ni, nak tambah lg la...


"ada lebih ni, boleh tambah lg..."


setelah selesai menikmati juadah, sesi perbincangan di sambung semula...



"adik-adik, pejamkan mata anda, genggam tangan dan cuba bayangkan, bayangkan bla, bla bla....."


"kamu semua dikehendaki tidur semalam di sekolah ok"


doa dari seorang anak kpd ibu bapa memohon kemaafan...


"ampunkan la dosa ku..."



"sila genggam tangan kawan di sebelah dan hayatilah lagu ni dgn penuh keinsafan dan kesyukuran..."


"Saya tertarik dengan slot yg terakhir tadi, hampir semua pelajar, merasa sebak, hiba dan mengalirkan air mata apabila menonton klip video tadi yang menggambarkan bagaimana seksanya seorang ibu melahirkan anaknya. Saya harap program ini dapat menimbulkan keinsafan di dalam membentuk kecemerlangan shasiah diri pelajar, insyaAllah..."