29 July 2010

program penyembelihan ayam

Program penyembelihan ayam telah diadakan pada 29 Julai 2010 bertempat di sebelah surau SMKBB. Majlis bermula jam 3.00ptg telah dihadiri seramai 30 orang ahli Persatuan Pelajar Islam SMKBB. Program ini memupuk pelajar mempelajari teknik penyembelihan yg betul untuk memastikan ayam tersebut benar-benar halal utk dimakan.

Sebanyak 3 ekor ayam telah digunakan utk menjayakan program ini. Ustaz Abd Ghani telah menunjukcara kepada pelajar yg hadir kaedah yg betul untuk penyembelihan.

Pelajar-pelajar juga telah menunjukkan minat dan komitmen sebaik sahaja ayam tersebut selesai disembelih, dari proses mencabut bulu sehinggalah menggoreng ayam. Selain itu terdapat juga aktiviti menyalakan unggun api untuk memanggang ayam.

Akhir kata, diharap pelajar mendapat manfaat dari program yg telah dirancang dengan mengaitkan teori yg diajar di dalam kelas dengan praktikal yg telah dijalankan pada hari ini.

Majlis bersurai lebih kurang jam 6.00ptg.

3 ekor ayam di dalam sangkar.


Ustaz Mohd Zaki sedang menyediakan tungku untuk memanggang ayam...


menu tambahan iatu bihun goreng dan ayam percik


Ustaz Abd Ghani membuat demonstrasi teknik penyembelihan ayam, sambil dibantu oleh Ustaz Mohd Zaki


Seorang pelajar, Nik Aimen sedang mencuba menyembelih ayam...


putus kepala dibuatnya, aiman...aiman ape yg ko buat ni?

aiman dan wafa sedang menyiapkan unggun api...

proses mencabut bulu ayam...

kipas bara tu, jgn tak kipas...

bau masakan ayam percik ni mmg tak dapat dibayangkan...lepas ni korang boleh sewa tapak bazaar ramadhan ni...


No comments: