Ribuan terima kasih diucapkan kepada Kelab Guru ke atas pemberian cenderamata sempena Sambutan Hari Guru yg telah diadakan pg tadi...
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya! Allah, Tuhan Yang Maha Pengampun,
Dengan penuh rasa rendah diri kami menadah tangan bermohon keampunan dan rahmat dari sisiMu. Sesungguhnya kami hanyalah hambaMu yang lemah. Maka ampunilah segala kesalahan yang telah kami lakukan sama ada yang disedari atau tidak disedari. Kurniakan taufiq dan hidayah kepada kami dan guru-guru SMK Bukit Bandaraya supaya jalan hidup kami sentiasa diberi petunjuk olehMu di dunia dan mendapat ganjaran setimpal di akhirat kelak.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat,
Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru SMK Bukit Bandaraya yang menjadi payung kepada generasi akan datang.
Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.
Ya Allah, Ya Karim,
Jadikanlah guru-guru SMK Bukit Bandaraya mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar,
Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru SMK Bukit Bandaraya agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.
Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ
وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ
وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
No comments:
Post a Comment