19 February 2012

ceramah maulidurrasul 2012





ceramah maulidurrasul pd kali ini telah disampaikan oleh ustaz Hishamuddin bin Abdul Aziz merupakan seorang pendakwah bebas. ceramah telah diadakan di surau smkbb pd jam 11.00pg, 17 feb 2012(hari jumaat). kumpulan sasaran adalah pelajar tkt 1,2 dan 3....

11 February 2012

Jakim ingatkan sambutan Hari Kekasih bertentangan Islam, boleh jejas akidah




PUTRAJAYA 10 Feb. - Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihati supaya menjauhi acara atau majlis bertemakan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) bagi mengelak terlibat dengan gejala maksiat.



Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah.



"Kita minta remaja sekalian dan umat Islam ambil perhatian kerana Hari Kekasih bukan perayaan dalam Islam dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.



"Bahkan amalan dalam perayaan itu juga bercampur dan ada hubung kait dengan ajaran Kristian yang jelas dilarang oleh Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.



Beliau mengulas mengenai Hari Kekasih yang akan disambut oleh kebanyakan pasangan yang hangat bercinta di seluruh dunia pada minggu depan.



Lebih memburukkan keadaan sambutan itu turut merebak di kalangan umat Islam yang belum atau sudah berkahwin di kebanyakan negara Islam tanpa mengetahui maksud sebenar di sebalik sambutan itu.



Menurut Othman, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.



Fatwa itu turut menyebut roh perayaan tersebut berunsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Dalam pada itu, Othman berkata, Jakim akan melancarkan kempen Raikan Cinta esok bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.



"Kali ini kami akan lancarkan kempen anti Hari Valentine di mana diselitkan program bicara cinta yang dihoskan oleh pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.



Program tersebut akan diadakan di Masjid Negara dan Pusat Islam, Kuala Lumpur.

04 February 2012

salam maulidurrasul

Junjungan Mulia




( 1 )

Tercipta satu lembaran sejarah

Di tanah suci Kota Mekah

... Hari yang mulia penuh syahadah

Bermulalah sebuah kisah



( 2 )

Malam isnin subuh yang indah

Dua belas rabiul'awal yang cerah

Dua puluh april tahun gajah

Lahirlah zuriat dan syahadah



Abdullah nama bapanya

Siti Aminah ibunya

Riang gembira menyambutnya

Lahirnya putra yang utama



( ulang 1 & 2 )



Muhammad nama diberi

Gelaran yang terpuji

Nikmat Illahi sama disyukuri

Terima putra yang berbakti



( ulang 1 & 2 )



Keadaan yatim anak mulia

Lahirnya bawa cahaya

Alam derita jadi gembira

Terima junjungan mulia



( ulang 1 & 2 )