13 January 2012

ustaz zaki...

Untuk pengetahuan blogger semua, hari ini merupakan hari terakhir buat Ustaz Zaki bertugas sebagai guru panitia Pendidikan Islam di SMK Bukit Bandaraya.

Beliau akan berpindah ke salah sebuah sekolah menengah di Rawang pada minggu hadapan. Terimakasih diucapkan kepada ustaz Zaki yg telah pun mencurahkan segala ilmu kepada anak didik SMKBB.

Beliau telah banyak membantu pihak Panitia Pendidikan Islam di dalam menganjurkan beberapa program di sekolah. Semoga Ustaz Zaki akan terus gigih didalam menyebarkan dakwah Islamiah dan memartabatkan agama islam.

Untuk makluman anda semua, ustaz zaki juga baru sahaja sebulan menimang cahaya mata lelaki. kami mendoakan semoga ia menjadi anak yang soleh, InsyaAllah...

Kalau ada sumur di ladang
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yg panjang
boleh kita berjumpa lagi

p.s. kalau ustaz zaki terbace blog ni, tlg bg komen sikit or kate-kate semangat kpd bekas-bekas anak didik ustaz...tq