27 February 2011

pengurusan jenazah

Satu program pengurusan jenazah telah diadakan pada :

tarikh : 1 mac 2011 ( selasa)
masa : 12.00~2.30pm
sasaran : pelajar islam tkt 3
penceramah : ustaz mohd wira b mohd junus



15 February 2011

salam maulidurrasul...

PUTRAJAYA 15 Feb. – Mantan Prof. Madya di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Dr. Abdul Hayei Abdul Sukor, 64, diumumkan sebagai penerima anugerah perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432H/2011 hari ini.
Beliau menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong pada majlis sambutan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.
Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu yang juga Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memberikan sumbangan yang sangat besar dalam penulisan karya-karya ilmiah antaranya sebuah kitab tafsir al-Quran versi Melayu yang diberi judul Tafsir Pedoman Muttaqin yang aditerbitkan oleh Jakim.
Dalam pada itu, enam lagi penerima anugerah turut diumumkan termasuk Wee Soon Yen, pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Kebangsaan Bachok, Kelantan.
Soon Yen mencatat keputusan cemerlang 8A dalam semua subjek termasuk bahasa Arab pada PMR 2010. – Utusan