27 December 2010

majlis perkahwinan




selamat pengantin baru buat ustaz zaki bersama isteri, semoga berkekalan hendaknya...

26 December 2010

cikgu nisa


selamat pengantin baru kpd cikgu nisa...

13 December 2010

Furu’ Al-Masa’il



Furu’ Al-Masa’il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama’ nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat.

Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, “saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu‘ Almasa’il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.”



Penulis : Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz
Kod Katalog : TBBK 1157
Kod ISBN : 978-967-5102-88-2
Harga : Semenanjung M'sia - RM75.00
: Sabah / S'wak: RM80.00


Untuk mengetahui maklumat lanjut sila layari

http://telagabiru.net.my/index/


06 December 2010

i luv islam



Anda ingin menyumbang kepada Islam tetapi tidak mempunyai banyak masa terluang kerana sibuk dengan kerja atau tugasan kuliah?
Tahukah anda dengan menjadi krew sukarelawan iluvislam.com, anda hanya perlu peruntukkan sedikit sahaja masa, tetapi insyaAllah impak yang akan anda hasilkan adalah besar?
Ya, dengan menjadi sukarelawan krew iluvislam.com, anda hanya peruntukkan sedikit sahaja masa tetapi usaha anda mampu memberi impak kepada lebih 30,000 orang berbeza setiap hari (dan bilangan ini terus meningkat setiap hari!).

Jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada sejarah iluvislam, berikut adalah syarat-syarat utama bagi setiap permohonan :
1. Berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mempunyai capaian internet yang baik di rumah dan tempat pengajian
3. Rajin membaca email
4. Komited dengan setiap tugasan yang diberikan
5. Mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam jawatan yang dipohon. Training disediakan untuk perkara teknikal.

>> Klik sini untuk isi borang permohonan <<


Jawatan yang boleh dipohon adalah :
1. Editor Artikel
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
Tugasan hanya sekali seminggu
2. Penulis Rencana
Menulis rencana hanya sekali seminggu
3. Penulis Berita
Menulis ulasan berita secara mingguan
4. Penganalisa Artikel
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com atau artikel lain dalam data iluvislam.com
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
5. Moderator Umum
Mengawasi forum komuniti iluvislam.com
6. Kaunselor
Membantu menjawab persoalan ahli iluvislam.com yang memerlukan kaunseling.
7. Panel Agama
Membantu menjawab persoalan agama daripada ahli iluvislam.com
Memberi nasihat kepada pengurusan iluvislam.com dari segi agama
8. Profesional
Menjawab soalan berkaitan bidang kepakaran anda. Contohnya doktor akan menjawab persoalan berkenaan kesihatan
9. Web Developer
Membangunkan web-web di bawah kelolaan iluvislam.com
Hanya projek-projek kecil dengan timeline yang flexible
10. Web Designer
Design web-web yang dibangunkan oleh team web developer
11. Designer
Design e-kad dan wallpaper iluvislam.com 2 minggu sekali sahaja
Membantu ketua designer untuk design produk-produk iluvislam
12. Kartunis
Membangunkan komik di bawah iluvislam.com
13. Video Editor
Mengedit dan menghasilkan video-video menarik dan islamik dengan timeline yang flexible
14. Penulis Skrip Video
Menulis skrip atau jalan cerita dan bahan untuk dihasilkan oleh video editor
15. Event Malaysia
Bersama ahli team event Malaysia yang lain menguruskan event iluvislam.com di Malaysia (mesti menetap atau bermastautin di Lembah Klang)
16. Wakil Sekolah (Guru Sahaja)
Mempromosikan iluvislam.com di sekolah masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan sekolah dan iluvislam.com
17. Wakil Universiti
Mempromosikan iluvislam.com di universiti masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
Menjalinkan hubungan di antara pihak pengurusan universiti, persatuan di universiti dan iluvislam.com
18. Wakil Pejabat
Mempromosikan iluvislam.com di tempat kerja masing-masing melalui teknik yang akan dilatih
19. Editor Bahasa Inggeris
Mengedit dan menerbitkan artikel di laman web versi internasional
Memantau komen-komen dalam artikel yang diterbitkan
Tugasan hanya sekali seminggu
20. Penganalisa Bahasa Inggeris
Menganalisa artikel yang dihantar oleh pengunjung iluvislam.com versi internasional
Hanya satu artikel perlu dianalisa setiap hari
21. Facebook/Twitter Team
Mengemaskini (update) status di Facebook dan Twitter iluvislam.com

>> Klik sini untuk isi borang permohonan <<


Sebarang soalan boleh diajukan melalui email di people[at]iluvislam[dot]com atau hubungi kami melalui telefon di 03-42516702 (Ofis) atau 013-3024281 (Ofis).