31 March 2010

Johan Pertandingan sepanduk Maulidur Rasul

Syabas diucapkan kepada Persatuan Pelajar Islam yg telah berjaya menjadi Johan Pertandingan Sepanduk Maulidur Rasul 2010. Hadiah akan disampaikan di dalam beberapa hari lagi, tungguuu...

Mesyuarat MTQ Sekolah-sekolah WPKL, Zon Bangsar, 2010

'AL-QURAN PENJANA WIHDATUL UMMAH'

Tarikh : 1 April 2010
Masa : 8.30~10.30pg
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Bukit Bandaraya, KL

Agenda
1. Ucapan Pengerusi Majlis oleh Pn Siti Sarimah bt Shaik Ibrahim, GPK Kurikulum SMK Bukit Bandaraya
2. Ucapan wakil JPNWP, En Yaakob bin Zakaria, Penolong Pengarah Pengurusan Pend Islam Teras, Sektor Pen Islam, JPNWP
3. Taklimat pengurusan pertandingan kepada guru-guru Pengiring
4. Undian
5. Hal-hal lain
6.Penutup

Semua guru-guru yg telah menerima surat jemputan diminta hadir supaya dapat melicinkan perlaksanaan program yg dirancang, Insyaallah...

20 March 2010

nasyid...

Rasulullah dalam mengenangmu
kami susuli lembaran sirahmu
pahit getir pengorbananmu
membawa cahaya kebenaran


engkau taburkan pengorbananmu
untuk umatku yang tercinta
biar terpaksa tempuh derita
cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


tak terjangkau tinggi pekertimu
tidak tergambar indahnya akhlakmu
tidak terbalas segala jasamu
sesungguhnya engkau rasul mulia


tabahnya hatimu menempuh dugaan
mengajar erti kesabaran
menjulang panji kemenangan
terukir namamu di dalam Al-Quran



kami sambung perjuanganmu
walau kita tak pernah bersua
tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan Rasul sebagai pembela



Rasulullah kami umatmu
walau tak pernah melihat wajahmu
kami cuba mengingatimu
dan kami cuba mengamal sunnahmu

12 March 2010

sambutan maulidurrasul peringkat sekolah

Sambutan maulidur rasul peringkat sekolah telah diadakan secara besar-besaran di mana sebanyak 8 kumpulan telah mengambil bahagian di dalam upacara perarakan yg dimulakan dari taman 'playground' berhampiran sehingga ke tapak perhimpunan sekolah.



Pengetua SMKBB, Pn Haniza sedang membuat pemantauan sepanduk bg setiap kumpulan yg menyertai perarakan untuk diberi penilaian



Ustaz Zaki dan En Hairol sedang bersedia memegan sepanduk utama untuk mendahului perarakan maulidurasul 



kelihatan sekumpulan pelajar dari kelas 5 Jaya bergambar kenangan sebelum memulakan perarakan



En Hafiz, En Iskandar dan En Zairul sedang bersiap sedia dengan sepanduk mewakili kelab STAFF



Kelihatan sepanduk mewakili Persatuan Pelajar Islam SMKBB sedang bersiap sedia di tapak perhimpunan untuk memulakan langkah



kumpulan perarakan dari pelajar Tingkatan 4



Kumpulan pelajar Tingkatan 2



Pn Siti Sarimah sedang memeriksa keselamatan pelajar di bawah khemah. Pihak Panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau yg berusaha mendapatkan 3 buah khemah secara percuma utk dipinjamkan di majlis pagi ni



Ustaz Zaki sedang memberi kata-kata aluan selaku Pengerusi Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKBB



Kelihatan penceramah En Kamarulzaman sedang memulakan tazkirah sempena memperingati kelahiran Junjungan Mulia Nabi Muhammad Sallallahualaihiwassallam



Penceramah sedang berinteraksi dengan seorang pelajar lelaki.



Penceramah sedang berdialog dengan seorang pelajar perempuan.

Penceramah semakin bersemangat menyampaikan dakwah di mana mendapat respons yang baik dari kalangan pelajar

Sebaik sahaja selesai sesi ceramah, tibanya slot persembahan dari kumpulan Nasyid SMKBB diketuai oleh Wafa Aisyy. Mereka menyampaikan sebuah lagu yg dipopularkan oleh kumpulan Hijjaz berjudul 'Ya Rasulullah'. Kumpulan Nasyid ini bakal mewakili sekolah ke acara MTQ peringkat Zon Bangsar,KL.

Sebelum majlis bersurai, Pengetua SMKBB, Pn Haniza bt Idris telah menyampaikan sumbangan kepada penceramah

Saya mendapati perarakan pada pagi ini melibatkan seramai 200 orang yang mana setiap pelajar dengan berpakaian lengkap baju melayu dan baju kurung bersemangat melaungkan selawat ke atas nabi secara tidak putus-putus sehingga tiba di tapak perhimpunan. Secara amnya objektif pd pagi ini tercapai...

Saya selaku Ketua Panitia Pendidikan Islam SMKBB merakamkan tahniah dan syabas kepada mereka yg telah bertungkus lumus membuat persiapan sambutan maulidurrasul untuk tahun ini terutamanya kepada 8 kumpulan yang membuat sepanduk bg memeriahkan lagi majlis perarakan pada pagi ini.

Pemenang bagi acara perarakan di pagi ini masih tidak dapat diumumkan kerana kesulitan pihak juri memberi penilaian yg sewajarnya memandangkan semua sepanduk comel-comel belaka.

InsyaAllah pemenang akan diumumkan selepas cuti sekolah nanti. Untuk mengetahui keputusan terkini, rajin-rajinlah melayari http://www.agamaislamsmkbb.blogspot.com/

Tq.


06 March 2010