23 February 2010

pengurusan jenazah



Kepada yg berkenaan,
Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan satu program seperti berikut :

nama program : kursus pengurusan jenazah
sasaran : pelajar tingkatan 3
tempat : surau SMKBB
tarikh : 1 Mac 2010 (Isnin)

sekian, terima kasih

"setiap manusia pasti akan merasai mati"

16 February 2010

walimatul urus


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kami mohon restuMu berkatilah majlis ini, limpahkanlah berkat dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadapMu, Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang zoleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat, sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini.
Amin Ya Rabbal Alamin"

Selamat Pengantin baru diucapkan kepada En Mohd Faizal bin Mohmad Kamaludin yang telah pun menamatkan zaman bujangnya...semoga di rahmati Allah...

12 February 2010

Happy Birthday...


Tarikh : 12 Feb 2010
Tempat : Bengkel ERT, Smk Bukit Bandaraya
Masa : 11.00 ~ 12.00

Hari ini merupakan Hari Merentas Desa untuk semua pelajar yang mewakili Rumah Sukan masing-masing iaitu Rumah Temenggong, Bendahara, Laksamana dan Syahbandar.

Setelah selesai, bertugas untuk acara merentas desa, semua guru-guru telah dijemput oleh Datin Junaida untuk menghadiri majlis kesyukuran. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datin Junaida yg telah menyediakan jamuan Nasi Beryani Gam dan beberapa juadah yang lain. 

Sebelum majlis bersurai, Cik Farhana selaku Pengerusi kelab Staff telah menjemput beberapa orang guru yg tarikh lahirnya jatuh pada bulan Januari dan Februari untuk acara memotong kek hari jadi. Sekali lagi, ucapan terimakasih kepada Kelab Staff yang telah bersusah payah menganjurkan majlis yg ringkas tetapi meriah. 

Semoga majlis yang diadakan ini dapat merapatkan ukkhuwwah dan silaturrahim sesama kita...amiiinnn...

07 February 2010

APA YANG ANDA MESTI TAHU

Detik 14 Februari setiap tahun, seringkali menjadi ingatan dan disambut oleh pasangan muda-mudi yang bercinta. Bagi segelintir golongan, tarikh tersebut lebih mudah diingati berbanding hari-hari kebesaran Islam. Huluran kad, jambangan bunga, bertukar-tukar hadiah dan sebagainya menjadi agenda utama pada hari tersebut. Luahan perasaan sebagai tanda semaraknya kasih sehingga ada yang melanggar batasan agama.

Namun sedarkah kita sambutan hari valentine yang diadakan saban tahun bukanlah budaya Islam sebaliknya merupakan suntikan halus musuh-musuh Islam yang melanda umat Islam kini. Akan tetapi hukumnya adalah DILARANG DISISI ISLAM kerana beberapa  sebab :
1. Sambutan tersebut adalah sebagai tanda mengingati kematian seorang paderi bernama Saint Valentine.
2. Juga bersempena hari keruntuhan Kerajaan Agung Islam Andalusia di Sepanyol iaitu pada 14 Februari 1492.

Masih sanggupkah kita menyambutnya walaupun setelah diketahui sejarah bermulanya sambutan valentine tersebut? Bukankah kita menzalimi diri sendiri dan mencalarkan maruah Islam?.

Ingatlah ada beberapa cinta yang disuruh dalam Islam iaitu:
1. Cinta Terhadap Allah S.W.T.
2. Mencintai Rasulullah S.A.W.
3. Cintai Ibu Bapa
4. Cinta Terhadap Pasangan Suami Isteri.