29 January 2010

Info terkini JPWPKL 2010



PESANAN KETUA SEKTOR JPWPKL - 2010 - UNTUK GPI

1. Diminta semua GPI mengisi borang guru cemerlang dan hantar satu salinan ke JPWP untuk tindakan lanjut.

2. Semasa menghadiri kursus anjuran JPWP hendaklah jaga adab dan tatasusilanya.

3. Segala tugasan yang diberikan samada oleh Pengetua, Penolong Kanan atau Ketua Panitia hendaklah dijalankan dengan sebaik mungkin, supaya dengan adab dan akhlak yang baik menjadi contoh kepada guru-guru lain.

4. Pastikan Program Hari-Hari Kebesaranh Islam berjalan seperti biasa walaupun dalam keadaan kekurangan wang, dan setiap program hendaklah dihantar laporan lengkap ke JPWP untuk rekod.

28 January 2010

SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 1431H






Nama Program : Sambutan Ma'al Hijrah 1431 H
Tarikh               : 22 Januari 2010
Hari                  : Jumaat
Masa                 : 10.30 pagi - 12.30 tgh.
Tempat             : Surau SMKBB

Sambutan Maal Hijrah pada tahun berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada semua pihak. Pihak Panitia Pendidikan Islam telah menjemput seoarng pegawai dari JAIS iaitu Ustaz Amir Noor Hezam Bin Amir Edaham. Dalam ceramah tersebut beliau telah menekankan para pelajar dan guru-guru Islam tentang perubahan akhlak yang lebih baik. Sebelum penutup majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid sekolah.